Thursday 19 April 2012

TART BUAH-BUAHAN COMEL

Assalamualaikum ..... salam sejahtera semua... Tart buah-buahan comel, comel kan? tart ni bukan sahaja comel tapi sedap. Tart buah-buahan comel ni sesuai dijadikan hantaran atau cenderahati kepada tetamu untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.Terima kasih kak Mirawati kerana sudi menurunkan petua untuk menghasilkan tart yang sedap dan come lote ni. Berminat nak buat tempahan boleh email, atau sms BLC, nak belajar pun boleh :) Jom layan gambar.



Ni gambar tarts yang cun skit, tq k.Ina Bzee bakery ;)


Wednesday 18 April 2012

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

Tempahan dari Yas untuk hantaran pertunangannya. Terima kasih Yas, Russian Black and White untuk hantaran, bunga gumpaste carnation tu bunga gumpaste pertama yang saya buat selepas menghadiri kelas "Fondant Stacked Cake". Semasa kelas belajar buat bunga rose tetapi saya saja nak cuba buat bunga carnation. Ok ke? Okla kan untuk beginner macam saya ni :) 


BLUEBERRY CHEESECAKE LAGI

Terima kasih :)

FONDANT STACKED CAKE

Asalamualaikum..... salam sejahtera, fondant stacked cake ni hasil berguru dengan Kak Jun cupcakekasih yang memang dah lama saya idam2kan he..he.. :)Terima kasih Kak June kerana sudi berkongsi ilmu, memberi tips dan info :) Akhirnya dapat jugak menghasilkan permukaan fondant yang licin dan cantik bagi sayala, yang baru pertama kali menggunakan home made fondant, sebelum ni pakai yang ready made je ;) Bunga-bunga gumpaste yang kembang setaman tu pun hasil dari mengikuti kelas. Jom layan gambar :)




CARROT WALNUT WITH CREAM CHEESE

Carrot walnut ni kak Zai order bagi pihak adiknya, Terimakasih.


Terima kasih kak June yang memang regular customer BLC :)


Monday 2 April 2012

LIGHTNING MCQUEEN THEME CAKE

Assalamualaikum.. salam sejahtera semua... Lightning McQueen Theme Cake... hu..hu... semasa menerima tempahan dari En. Esam  & Pn. Haryati seram sejuk jugakla, 1st time buat kek 3D, takut tak menjadi pulak. Alhamdulillah jadik jugak bentuk kereta he.. he... Saya memang lemah dlm bab-bab nak membayangkan kek 3D ni, lagi2 kereta, kalau Teddy Bear ka Barbie ka bolehla, maka terpaksala En. Hubby menggunakan skill yang ada untuk memotong dan mereka bentuk kek ni kpd bentuk seakan-akan Ligthning Mcqueen dlm filem CARS... Tq very much sayang.. :) ha..ha.. tugas saya buat kek dan balut dengan fondant sahaja. Emm saya kurang berpuas hati dengan permukaan fondant yang tak berapa licin tu, perlu improve lagi ni. Alhamdulillah customer puas hati, kek best dan sedap. Kek ni menggunakan 2 adunan kek coklat moist, berat keseluruhan dalam  +- 4kg, besar kek ni. Happy Birthday Putera Alex Qiefli, amboi glamour nama tu. Ok kita layan gambar dulu.